Mengucap dua kalimah shahadah ialah pengislaman. Upacara pengislaman dibuat atau diadakan di dalam suasana yang amat berbeza daripada yang lain-lain. Mengucap dua kalimah shahadah adalah hasil seseorang yang mencari Allah S.W.T. Dengan penerimaan shahadah itu, beliau telah dapat bertemu Allah S.W.T. dan telah menjadi tetamu Allah S.W.T. Dan orang itu telah menjadi seorang Muslim, seterusnya dia akan mempelajari agama Islam dan hidup dengan cara Islam. Mengucap dua kalimah shahadah ialah:
1. ASH-HADU AN LA ILAHA ILLA LLAH 2. WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH
Ertinya ;
AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MENLAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH YANG TERAKHIR.
Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224 Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.