Harakah Islamiah (HIKMAH) telah dirasmikan pada 2 Rabiulakhir 1414H bersamaan 18 September 1993 pada Mesyuarat Perhimpunan Perwakilan BINA kali ke-11 yang telah diadakan di Ibu Pejabat Bina, Petra Jaya, Kuching. Ianya merupakan wadah baru dalam menerus perubahan dalam usaha-usaha pembaharuan organisasi yang meneruskan perjuangan dakwah BINA yang merupakan sebuah Pertubuhan Islam bukan kerajaan yang bergerakcergas di bidang dakwah Islamiah bagi melaksanakan risalah "Amar Makruf Nahi Mungkar" menyeru umat manusia ke arah kebaikan dan mencegah daripada perbuatan mungkar.
HIKMAH mampu melaksanakan misi dakwahnya melalui pelbagai pendekatan dengan peruntukan dana yang sedia ada di samping komitmen tenaga-tenaga sepenuh masa mahupun secara sukarela serta pengmbelingan kerjasama dan hubung jalin dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan Islam, badan-badan korporat dan sebagainya.
HIKMAH dalam misinya untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatannya menepati keperluan dan kehendak semasa sudah semestinya mempunyai struktur organisasi yang mendukung kepada pembangunan sedang ia berdepan dengan lanskap yang berubah dan semakin mencabar. Tiga sektor utama HIKMAH adalah merupakan asas penyediaan aktiviti-aktiviti dan pelan tindakan pengurusan.
HIKMAH merupakan satu badan dakwah. Badan dakwah yang ulung yang telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada penyebaran syiar Islam dan perjalanan dakwah di Bumi Kenyalang ini. Untuk meneruskan kesinambungan ini, HIKMAH memerlukan kekuatan. Terdapat dua jenis kekuatan iaitu kekuatan dalaman dan kekuatan luaran. Kekuatan dalaman ialah keimanan penggerak dan pendukung HIKMAH dalam meneruskan agenda-agenda dakwah demi kerana Allah S.W.T. semata-mata. Kekuatan dalaman juga bermaksud kekuatan pentadbiran dan kepimpinan yang sejajar dengan syariat Islam. Sementara kekuatan luaran pula berkaitan dengan kekuatan kewangan, harta benda dan material keduniaan yang lain yang mempermudahkan usaha dakwah.
Tanpa kekuatan dalaman sekuat manapun kekuatan luaran tidak akan memberi makna kerana kekuatan luaran semata-mata tanpa kekuatan dalaman akan membentuk harakah yang kosong. Kekuatan dalaman tanpa dibantu oleh kekuatan luaran akan menyebabkan kekecewaan kerana keterhadan sumber untuk menjalankan usaha dakwah.
Untuk tujuan itulah, HIKMAH memartabatkan agenda unggulnya memfokus dakwah, meluas syiar Islam, menerap nilai Al-Quran dan nilai Islam dalam kehidupan. HIKMAH mampu melaksanakan misi dakwahnya melalui pendekatan dakwah bilhal dan bil hikmah dengan peruntukan dana yang sedia ada disamping komitmen tenaga-tenaga sepenuh masa maupun sukarela serta hubungjalin dengan agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan Islam, badan-badan korporat dan banyak lagi.
Aktiviti HIKMAH mengikuti bahagian masing-masing seperti berikut:-
1) Bahagian Dakwah
Bahagian Dakwah sebagai tunjang didalam HIKMAH perlu berperanan dengan lebih teratur dan berkesan dalam mengharungi era globalisasi yang semakin mencabar. Tuntutan massa kepada HIKMAH untuk menjadi wadah penyelesai ummah semakin meningkat dalam berhadapan dengan gejala sosial yang semakin meruncing. Atas tuntutan tersebut HIKMAH harus berusaha dengan lebih gigih lagi memantapkan dakwahnya sesuai dengan tuntutan semasa dan akan sentiasa berganding bahu dengan pihak lain bagi mempastikan hak umat Islam sentiasa dinobatkan dan agar rahmat Allah sentiasa memayungi usaha yang murni ini. Hasil perbincangan mengenai Halatuju HIKMAH yang telah diadakan mewajarkan kita melihat lebih ke hadapan mengenai keperluan tuntutan semasa yang perlu direalisasikan melalui program Dakwah. Tanpa perancangan yang rapi serta dokongan dan sokongan dari semua pihak akan melambatkan pencapaian matlamat dakwah kita.
Bagi memantapkan lagi pengurusan Bahagian Dakwah HIKMAH beberapa tindakan serta aktiviti telah dilaksanakan seperti berikut:-
1.1) Penstrukturan semula Bahagian Dakwah dengan melihat keperluan dan tuntutan semasa;
1.2) Meningkatkan peranan dan tanggungjawab Daie-daie HIKMAH di pedalaman dan dicawangan-cawangan HIKMAH dengan pengujudan zon dan wilayah bagi memudahkan usaha dakwah dirancang dan dipantau dengan lebih berkesan;
1.3) Meningkatkan kefahaman ilmu-ilmu Al-Quran dikalangan masyarakat melalui pengajaran kelas Iqra/program KIA HIKMAH yang disertai oleh tenaga-tenaga sukarelawan.
1.4) Meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan Guru Tadika dengan menekankan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi semasa di Tadika-tadika HIKMAH. Penggunaan Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia akan terus dipertingkatkan disamping usaha untuk menggalakkan anak-anak Tadika mengenali bahasa lain seperti Mandarin.
1.5) Mengadakan perjumpaan dengan tenaga-tenaga sukarelawan dikalangan Ustaz-ustaz dan tenaga professional untuk mengujudkan Halaqah dalam menganjurkan program umum seperti menyambut hari perayaan, lawatan ke hospital, bantuan semasa kecemasan, klinik bergerak dan sebagainya.
1.6) Menetapkan sasaran dakwah dikalangan saudara kita di pedalaman Negeri Sarawak melalui beberapa siri program seperti mari mewarna, siri bercerita untuk kanak-kanak, program ekspedisi dan khemah ibadah untuk remaja/belia serta program berambih, ziarah dakwah untuk warga tua. Program ilmu asas agama telah diteruskan oleh Daie-daie HIKMAH di setiap kawasan disamping kursus-kursus imam dan bilal yang dianjurkan secara kerjasama dengan pihak JAKIM Cawangan Sarawak.
1.7) Memperluaskan Klinik Bergerak ke seluruh bahagian sebagai pendekatan dakwah bilhal HIKMAH.
1.8) Mendekatkan golongan belia dibandar melalui program-program semasa seperti sukan, perbincangan ilmiah dan latihan keusahawanan disamping meneruskan program yang ada seperti kursus agama, perkhemahan dan rehlah.
1.9) Mengadakan kerjasama yang berterusan dengan Jabatan-jabatan Kerajaan, Agensi-agensi Islam, syarikat swasta dan NGO Islam dalam membendung masalah sosial dalam masyarakat.
2) Bahagian Pentadbiran
HIKMAH dalam rangkanya untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatannya menepati keperluan dan kehendak semasa sudah semestinya harus mempunyai struktur organisasi yang mendukung kepada pembangunan organisasi sedang ia berdepan dengan lanskap yang berubah dan semakin mencabar. Pengurusan HIKMAH pada keseluruhannya adalah nadi kepada operasi dakwah yang memastikan fungsinya ke tahap yang optimum merealisasikan semua dasar HIKMAH dan keputusan Majlis Tertinggi dan Pengurusan supaya dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisyen.
Bahagian Pentadbiran telah menyediakan khidmat pengurusan pentadbiran am dan pengurusan sumber manusia dengan penuh tanggungjawab untuk memastikan pengurusan yang cekap dan berkesan dan dilaksanakan dengan efisyen.
Untuk itu bahagian pentadbiran telah melaksanakan aktiviti-aktivitinya seperti berikut:-
2.1) Program Pembangunan Kakitangan HIKMAH: Pembinaan Pasukan Kerja Cemerlang “Bersama Membina Kecemerlangan”
2.2) Lawatan Sambil Belajar Kakitangan
2.3) Melaksanakan Program Jerayawara (Roadshow) ke cawangan dan bahagian berhubung dengan penerangan mengenai pengendalian program dan perihal perjalanan pertubuhan dari masa ke semasa
2.4) Pengemaskinian keahlian HIKMAH di peringkat cawangan dan bahagian
3) Kewangan dan Pelaburan
Bahagian Kewangan dan Pelaburan merupakan antara satu bahagian yang terpenting didalam organisasi HIKMAH dalam usaha membentuk serta merealisasikan usaha dakwah yang telah dirancang. Ianya berpusat sebagai tunggak utama ke arah kestabilan HIKMAH dengan adanya peningkatan tanggungan dalam melaksanakan tanggungjawab hakiki.
Bahagian Kewangan dan Pelaburan yang merangkumi beberapa bahagian termasuk pengurusan akaun dan kewangan, pengurusan pelaburan serta pengurusan harta dan projek telah melaksanakan tugas dengan penuh kredibiliti dan bertanggungjawab.
SEKTOR DAKWAH
Bahagian Dakwah Pedalaman
- Dakwah Bil Hal
- Program Berambeh
- Ziarah Dakwah
- Hari Kebesaran Islam
- Program Berkhatan/Qurban
- Program Integrasi Sosial
- Ekspedisi Dakwah
Bahagian Pendidikan Masyarakat
- Pengurusan Tadika/Taski
- Pusat Latihan Dakwah
- Kursus Pengajian Islam
- Kelas Bahasa Arab
- Fardhu Ain & Kifayah
- Kelas Al-Quran
- Nasyid / Silat / Aikido
- Kursus Intensif Al-Quran
Bahagian Pembangunan Belia
- Muktamar Belia/Helwa
- Kembara Belia/Beliawanis
- Kelab Remaja
- Khemah/Kursus/Seminar
- Integrasi Belia Kebangsaan
Bahagian Khidmat Masyarakat
- Program Masyarakat Majmuk
- Muzakarah/Seminar
- Ziarah Hospital
- Gotong-royong
- Ibadah Korban
- Bazar Ramadan
- Pertanian/Keusahawanan
Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Dakwah
- Penyelidikan & Pembangunan Dakwah
- Pusat Sumber
- Penerbitan
- Pusat Maklumat Islam
SEKTOR PENTADBIRAN
- Bahagian Pentadbiran Am
- Bahagian Khidmat Kesetiausahaan
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Hal-Ehwal Korporat
SEKTOR KEWANGAN
- Bahagian Pengurusan Akaun & Kewangan
- Bahagian Pengurusan Pelaburan
- Bahagian Pengurusan Harta & Projek
IBU PEJABAT HIKMAH
Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Petrajaya, 93050 Kuching, Peti Surat: 1780, 93736 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-443993, 082-443994, 082-443995, 082-443996, 082-443997, 082-443998, 082-443999Faks: 082-441150
laman web: http://www.hikmah.org.my