23 May 2013
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama Pengislaman

Pengislaman

PENGISLAMAN

Pengislaman adalah satu ibadat yang diamanahkan kepada PERKIM. Oleh yang demikian wajib ianya dibuat secara ikhlas dan proaktif. Saat atau hari pengislaman dilakukan adalah penting di dalam kehidupan seseorang yang memeluk agama Islam, sama juga kepada orang-orang yang mengendalikan ibadat pengislaman. Oleh itu kerja-kerja berkaitan dengan pengislaman wajib diberi perhatian yang istimewa.

Perkara-perkara dalam pengislaman

1. Menyambut tetamu Allah S.W.T atau bakal saudara muslim dengan “konsep ehsan” dan akhlak Dakwah Islamiyah.

2. Diberi nasihat atau kaunseling sebelum pengislaman untuk menambah keyakinan mereka terhadap Islam.

3. Diberi penerangan mengenai pengislaman dari segi spiritual & dokumentasi atau mengenai proses pendaftaran di pejabat Agama Islam.

4. Menyegerakan bakal saudara muslim yang bersetuju untuk melafazkan syahadah.

5. Mengajar bakal saudara muslim membaca dua kalimah syahadah sekadar yang mampu dengan sebutannya tetapi wajib difahami erti dan maksud di dalam bahasa yang beliau fahami.

6.  Jika bakal saudara muslim ingin kekalkan nama asal oleh masalah peribadi/keselamatan dari keluarga yang bukan Islam, tidak perlu menukar nama dan boleh dikekalkan nama asal sehingga beliau dapat menyelesaikan masalah berkenaan. Atau dibolehkan sekiranya saudara muslim tersebut menggunakan Bin/Binti kepada ayah sendiri tanpa Bin/Binti Abdullah di dalam urusan pemilihan nama.

7. Memastikan semua dokumen untuk pendaftaran pengislaman siap disediakan seperti:

a) 6 keping gambar berukuran pasport(bertudung untuk wanita)

b) Salinan kad pengenalan atau pasport serta Visa di Malaysia

c) Surat sumpah sekiranya di bawah umur 18 tahun

d) Salinan kad pengenalan saksi

e) Warganegara asing yang tidak mempunyai Visa, tidak boleh mendaftar pengislaman menggunakan borang JAWI ataupun JAIS, hanya disyahadahkan sahaja

 


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2013 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.