24 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Aktiviti

39. PERKIM, IKMAS ANJUR BENGKEL KEMUDAHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK ROHINGYA
  Tarikh
  Masa
  Ringkasan

Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat.” (al-Baqarah: 176)

Bagi membantu masa depan pendidikan kanak-kanak etnik Rohingya, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) serta Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan ‘Bengkel Kemudahan Pendidikan Kanak-kanak Rohingya di Malaysia: Penggubalan Pelan Tindakan’ bertempat di Pujangga 4, Puri Pujangga, UKM, Bangi, Selangor pada 30 Oktober 2012 lalu.

Bengkel itu dihadiri seramai 50 peserta terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan serta masyarakat Rohingya.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/TAN%20SRI%20DATUK%20DR%20MUHAMMAD%20RAIS%20ABDUL%20KARIMs.JPGBengkel itu disempurnakan perasmiannya oleh Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim.

Dr. Rais dalam ucapannya berkata, Perkim dan IKMAS mengambil inisiatif mengadakan bengkel itu untuk membincangkan mengenai perihal pendidikan kanak-kanak komuniti Rohingya yang kurang bernasib baik dan terpinggir dari arus perdana pendidikan.

“Seperti yang dinikmati oleh kanak-kanak lain di Malaysia, kanak-kanak Rohingya juga harus diberi pendedahan dan kefahaman pendidikan yang sewajarnya,” jelasnya.

“Berikutan Malaysia merupakan sebuah negara yang aman damai menyebabkan ramai di antara mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan perlindungan secara tidak rasmi serta mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan,” kata Dr. Rais.

Ujarnya, program itu penting kerana ianya merupakan kaedah mencari jalan untuk memperkemaskan dan meningkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak Rohingya yang selama ini mendapat pembelajaran dari sekolah-sekolah atau madrasah yang daif dan secara ala kadar sahaja semata-mata untuk memenuhi keperluan belajar, menulis, membaca, mengira di samping mempelajari pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

Jelasnya, Perkim ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membawa tugas dakwah, kebajikan dan pendidikan bagi membantu Saudara Muslim, golongan yang susah serta orang bukan Islam agar dapat berkenal-kenalan di samping beramah mesra antara pelbagai bangsa dan suku puak.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (ali-Imran: 104)

Jelasnya lagi,dalam melaksanakan sesuatu tugas ia seharusnya dinilai berdasarkan penyelidikan dan kajian supaya ianya tidak dianggap mementingkan diri sendiri.

Perkim menyokong sepenuhnya penganjuran bengkel itu serta mengalu-alukan kerjasama daripada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNHCR) Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Negeri, Malaysian Relief Agency (MRA), Islamic Relief Malaysia (IRM), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Kuala Lumpur dan badan bukan kerajaan yang prihatin terhadap etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan pihak berkuasa Myanmar.

“Malah mereka terpaksa mencari perlindungan di Malaysia sebagai pelarian yang tiada status kewarganegaraan. Golongan ini kebanyakkannya berasal dari negeri Rakhine di Burma di mana keturunan mereka telah dilahirkan dan menetap di sana sejak berkurun abad lamanya, tetapi tidak diberi kerakyatan,” jelas Dr Rais.

Ujarnya lagi, sejumlah 1.5 juta dari tiga juta etnik Rohingya diusir keluar daripada tanah air mereka dalam keadaan yang kejam. Mereka diusir dengan dihanyutkan perahu mereka ke tengah lautan tanpa sebarang bekalan, ada yang dibakar perkampungannya, dibunuh dengan ditembak, ditetak serta dirogol kerana pegangan mereka yang teguh dengan ajaran Islam.

Jelas Dr. Rais lagi, Perkim juga turut membiayai sebuah Pusat Pendidikan Muhajirin Muslim Rohingya (PPMM) yang terletak di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur sejak tahun 2009.

Beliau berharap bengkel itu dapat membuahkan pelan tindakan yang mampu dilaksanakan di samping berusaha mencari jalan untuk merumus pendekatan yang terbaik dari segi sistem penilaian ko-kurikulum dengan mengambil kira kekurangan-kekurangan yang ada dari aspek kemudahan fizikal, kewangan, tenaga pengajar dan lain-lain.

Sebelum itu, Pengarah IKMAS, Prof. Dr. K.S. Nathan turut menyampaikan pengenalan mengenai IKMAS di mana beliau menerangkan matlamat pendidikan dan penyelidikan.

Jelas Dr. Nathan, IKMAS menjalankan penyelidikan asas, gunaan dan strategik di dalam kerangka ‘Globalisasi Transformasi Sosial’ melalui tujahan penyelidikan iaitu agihan pendapatan, kemiskinan, jaringan sosial, governan, daya saing, perdagangan antarabangsa, regionalisasi, regionalisme, pemikiran semula tentang negara, bangsa, masyarakat dan pembangunan, pergerakan transnasional, politik identiti, agama serta budaya.

Bengkel yang diadakan sebanyak tiga sesi itu memfokuskan kepada permasalahan pendidikan anak-anak Rohingya, di mana pelarian dari Myanmar telah berada di Malaysia hampir empat dekad yang berjumlah 25 ribu pelarian yang berdaftar dengan UNHCR Kuala Lumpur.

Di atas dasar kemanusiaan, pelarian Rohingya dibenarkan tinggal sementara di Malaysia sehingga UNCHR mencari penyelesaian muktamad bagi mengatasi masalah mereka. Kaum ini berhadapan dengan pelbagai masalah seperti tiada kad pendaftaran UNHCR, kad tidak diiktiraf oleh penguat kuasa, kerap dihalang dari mendaftarkan kelahiran anak, tiada akses keadilan melalui undang-undang dan sukar mendapat pekerjaan, khidmat kesihatan serta pendidikan.

Sesi 1 yang dipengerusikan Prof. Ruhanas Harun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan disampaikan oleh Felo Penyelidik Utama IKMAS, Prof. Dr. Azizah Kassim dengan tajuk ‘Status Pendidikan Kanak-kanak Rohingya di Semenanjung’ manakala Johari Kan Abdullah dari MRA menyampaikan tajuk ‘Cabaran-cabaran dalam Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Kanak-kanak Rohingya: Pengalaman MRA’.

Dr. Azizah menerangkan melalui dapatan kajian yang ditaja oleh MKN, Jabatan Perdana Menteri mengenai isu pendidikan dan kepimpinan etnik Rohingya.

Jelasnya, majoriti masyarakat membantu kesengsaraan yang dihadapi oleh kaum Rohingya di Myanmar, akan tetapi masyarakat Rohingya di Malaysia khususnya kanak-kanak tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya bagi masa hadapan mereka.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh UNHCR, pelarian Rohingya di Malaysia berjumlah 100,000 yang berdaftar kerana bilangan sebenar berkemungkinan lebih ramai dari jumlah itu.

Jelasnya lagi, terdapat dua jenis pusat pendidikan yang dapat diakses oleh kaum Rohingya antaranya ialah pusat pendidikan khas untuk Rohingya yang mempunyai 24 buah yang terdiri dari tiga kategori iaitu untuk pendidikan sekular, madrasah bagi pengajian Islam sahaja dan pendidikan agama atau sekular diajar bersama manakala pusat pendidikan kanak-kanak tumpang belajar pula terdiri dari tiga kategori iaitu secara percuma, sekolah kebangsaan dan dengan bayaran yuran.

Dr. Azizah menjelaskan kemudahan di sekolah agama adalah paling daif kerana kanak-kanak terpaksa duduk bersela di atas lantai dengan menggunakan meja rendah serta prasarana pendidikan yang kurang memuaskan.

Johari Kan memberi penerangan mengenai sekolah yang diselianya iaitu Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 2009 iaitu seramai 40 murid didaftarkan manakala seramai 71 murid pada tahun 2012.

“Walaupun mempunyai prasarana asas, tetapi sekolah tersebut memerlukan perbelanjaan yang mencukupi untuk melengkapi seperti kekurangan kemudahan perabot, guru terlatih dan hidangan yang berkhasiat bagi murid darjah satu hingga darjah lima,” katanya.

Kata Johari Kan, sekolah komuniti yang mempunyai empat bilik darjah itu diajar oleh empat orang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Burma, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Teknologi Maklumat dan ko-kurikulum.

Jelasnya, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi di sekolah itu antaranya ialah memerlukan perbelanjaan berterusan bagi program pendidikan, kekurangan tenaga pengajar, keengganan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah, kesukaran untuk mendapatkan tempat untuk membina sekolah dengan persekitaran yang baik serta kesukaran menyediakan kemudahan pembelajaran seperti meja, kerusi, buku-buku dan komputer.

‘Penubuhan dan Pengendalian Rohingya Education Centre (REC) Permatang Pauh, Pulau Pinang’ merupakan tajuk yang disampaikan oleh Mohammad Fadzil Alias selaku guru besar Madrasah Uthmaniah (Seri ABIM), Pulau Pinang manakala Abdul Hashim Abdul Muttalib dari Life Bridge Learning Centre, Pulau Pinang menyampaikan tajuk ‘Challenges in Starting and Running a School for Rohingya Children’.

Sesi kedua itu dipengerusikan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM, Prof. Puan Sri Dr. Rohaty Mohd. Majzub.

Sesi ketiga pula dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong dari IKMAS, UKM manakala Dr. Hj. Mohd. Yunus Ibrahim dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyampaikan tajuk ‘Model Pendidikan Alternatif untuk Kanak-kanak Tanpa Dokumen Bukan Warganegara di Malaysia’.

Ellie Al Daqqa selaku Pegawai Program UNHCR membentangkan tajuk ‘Peranan UNHCR Dalam Menyediakan Pendidikan Untuk Kanak-kanak Pelarian’ dan tajuk ‘Peranan UNICEF Dalam Membantu Pendidikan atau Kewarganegaraan Kanak-kanak Pelarian’ disampaikan oleh Dr. Nur Anuar Abdul Muthalib selaku Pegawai Pemantau dan Penilaian UNICEF, Kuala Lumpur. 

Bengkel turut mengadakan sesi soal jawab bersama peserta.

Yang turut hadir, Penyelaras Hal Ehwal Rohingya Perkim, Hj. Ibrahim Md. Amin.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2281.JPG

Antara peserta yang hadir di ‘Bengkel Kemudahan Pendidikan Kanak-kanak Rohingya di Malaysia: Penggubalan Pelan Tindakan’.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/5153.JPG

Peserta tekun mendengar ucapan yang disampaikan.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4193.JPG

Peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, NGO dan masyarakat Rohingya.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/6142.JPG

Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim menyampaikan ucapan perasmian di ‘Bengkel Kemudahan Pendidikan Kanak-kanak Rohingya di Malaysia: Penggubalan Pelan Tindakan’.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3253.JPG

Pengarah IKMAS, Prof. Dr. K. S. Nathan menyampaikan ucapan aluan.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/8123.JPG

Dr. Azizah Kassim menyampaikan tajuk 'Status Pendidikan Kanak-kanak Rohingya di Semenanjung.'

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/9105.JPG

'Cabaran-cabaran dalam Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Kanak-kanak Rohingya: Pengalaman MRA’ merupakan tajuk yang disampaikan oleh Johari Kan.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/12126.JPG

‘Penubuhan dan Pengendalian Rohingya Education Centre (REC) Permatang Pauh, Pulau Pinang’ merupakan tajuk yang disampaikan oleh Mohammad Fadzil Alias selaku guru besar Madrasah Uthmaniah (Seri ABIM), Pulau Pinang.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/13106.JPG

Abdul Hashim Abdul Muttalib dari Life Bridge Learning Centre, Pulau Pinang menyampaikan tajuk ‘Challenges in Starting and Running a School for Rohingya Children’.

 

LAGI GAMBAR DI >>> PERKIM IKMAS ROHINGYA

GAMBAR PROGRAM >>>



40. KORBAN BERSAMA MUALAF PERKIM
  Tarikh
  Masa
  Ringkasan

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/AIDILADHA%202012.jpg

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (as-Soffat: 104 -106)

Bagi mengenang dan mencontohi pengorbanan besar dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail dalam melaksanakan ketakwaanya kepada perintah Allah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan ‘Majlis Qurban Bersama Saudara Muslim’ bertempat di Surau al-Islah, Kuarters Inai Merah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada 27 Oktober 2012 lalu.

Majlis yang dihadiri seramai 180 orang itu mendapat kerjasama daripada Perkim Bahagian Negeri Selangor, Ahli Jawatankuasa Surau al-Islah dan Persatuan Penduduk Kuarters Inai Merah MBPJ.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/FARHAN%20TEEs.JPGPenyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah berkata, Perkim meraikan Saudara Muslim bersama masyarakat setempat bagi mewujudkan ukhwah Islamiah serta mengeratkan silaturahim.

“Ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan kefahaman kepada Saudara Muslim mengenai cara penyembelihan haiwan korban secara praktikal sebagai satu ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.

Kata Farhan lagi, melalui pengorbanan itu, ia melatih kesediaan hamba-Nya untuk mengorbankan apa sahaja semata-mata kerana Allah termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta.

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. (al-Maidah: 3)

“Ia melatih peserta supaya ikhlas dalam melakukan amalan korban semata-mata untuk mendapatkan keredaan daripada Allah serta bersyukur dengan segala nikmat-Nya yang diberikan, jelas Farhan yang juga Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim.

Katanya, sebanyak lima ekor lembu dan dua ekor kambing disumbangkan kepada Perkim untuk dikorbankan serta diagihkan kepada Saudara Muslim, fakir miskin dan penduduk setempat pada majlis yang diadakan buat kali ketiga itu.

Saudara Muslim bersama-sama penduduk setempat bersama-sama memegang haiwan korban tersebut dengan membaca Bismillah serta melaungkan takbir sambil menyembelih lembu dan kambing. Kemudian mereka memotong, melapah dan mengerat daging serta tulang haiwan korban itu untuk diagihkan. 

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (al-Baqarah : 172)

Beliau menyeru peserta hendaklah sentiasa mengingati bahawa kehidupan itu memerlukan liku-liku pengorbanan untuk menikmati kemanisan kejayaan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/sabri%20abd%20ranis.JPGMajlis diserikan lagi dengan ceramah yang bertajuk ‘Qurban’ disampaikan oleh Ustaz Sabri Abd Rani selaku pendakwah bebas.

Beliau memberi kesedaran dan keinsafan kepada peserta dengan menayangkan beberapa video antaranya 'Laksanakan Perintah Allah Walaupun Tiada Tangan', 'Mati Tatkala Berucap', 'Pengorbanan Cita-cita Anak', 'Pengorbanan Ayah OKU Demi Anak', 'Mati Beriman Atau Tidak?' serta 'Pengorbanan Penguin'.

Beliau turut menekankan nilai-nilai murni dalam beberapa aspek fekah antaranya mengenai kematian yang sedikit sebanyak dapat menghijrahkan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sabri yang juga konsultan Perunding Fokus Budi mengajak peserta menghayati kesusahan, keperitan dan kesempitan hidup yang dihadapi oleh mereka yang berada di Palestin, Somalia, Afrika dan Rohingya yang jauh lebih derita berbanding di Malaysia.

Selain itu, beliau memupuk semangat berkorban sesama Muslim dengan menjaga hubungan persaudaraan, bekerjasama, perpaduan, bersatu hati, menghindari sikap tidak bermoral agar membentuk kekuatan yang perlu difahami dan dijunjung oleh setiap Muslim.

Sabri turut menceriakan peserta dengan melakukan beberapa aktiviti permainan kecekapan diri dan minda.

Peserta dihidangkan masakan daging korban di jamuan makan tengahari dan solat Zuhur berjemaah di akhir majlis.

Turut hadir, Setiausaha Kerja Perkim, Zulkefli Arifin dan Pengerusi Surau al-Islah Kuarters Inai Merah MBPJ, Abu Halipah Ali.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/5152.JPG

Lembu korban yang sedia untuk disembelih.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/7131.JPG

Sulaiman (kiri) bersama petugas-petugas korban mengasingkan daging dari tulang lembu.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/8122.JPG

Kerjasama yang dilakukan oleh penduduk setempat dalam aktiviti melapah, memotong dan mengerat daging korban.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/11147.JPG

Slot ceramah dan motivasi kepada peserta.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/13105.JPG

Kanak-kanak memberikan tumpuan penuh kepada ceramah Ustaz Sabri.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1580.JPG

Petugas menyampaikan daging korban kepada Saudara Muslim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1772.JPG

Petugas menyampaikan daging korban kepada Saudara Muslim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1867.JPG

Petugas menyampaikan daging korban kepada penduduk setempat.

 

 

 

LAGI GAMBAR DI >>> QURBAN 2012

GAMBAR MAJLIS QURBAN >>>



 Papar 39-40 dari 228 Rekod. Page  20 21 22 23 24 25 26 27 28 29  

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.